Monday 25 August 2014

Singgah - Singgah Selalu




~Assalammualaikum,pembaca yg budiman

Buat sekalian kalinya,entry apa yg ingin ku coretkan? perlu ke pengenalan ringkas mengenai PAYASUM ni? jari -jari masih di keyboard,tapi tak tertekan ..dok ligat dalam kepala entry apa yang nak dicoretkan. so,konklusinya!! Apa yang pasti.. tak ramai yang tahu kewujudan rumah anak yatim dan miskin (PAYASUM).PAYASUM adalah pusat jagaan yang mengurus kebajikan yang mana,terdapat kanak-kanak kematian ayah/ibu atau keduanya dan juga miskin.senang faham anak yatim/yatim piatu.Kami disini amat mengutamakan penekanan dari segi agama,akhlak dan kecemerlangan akademik anak-anak.s0,macam yang kita tahu bila orang sebut anak yatim ramai yang kasihan dan simpati.Alhamdulillah dengan perhatian orang ramai,berkat sumbangan masyarakat prihatin,rumah anak yatim ini masih utuh sehingga hari ini.tak perlu panjang lebar nak dibicarakan,mari la menyinggah walau kejap ^^.lokasi rumah anak yatim ni dekat kg paya rumput jaya, sungai udang,melaka."Ahlan wasahlan"
Kami amat mengalukan kedatangan anda ke mari.

so.kat sini nak la juga ku cerita serba ringkas mengenai PAYASUM ni.PAYASUM ini adalah singkatan daripada Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Islam.Mudah kan? macam tak logik pun ada..tapi membawa maksud yang sama sebenarnya (PENGURUSAN ANAK YATIM SUNGAI UDANG MELAKA)apa yang lucunya,ada yang memikirkan payasum ini diambil sempena nama makanan orang india(PAYASAM),bunyi pun dah seakan sama. kalau nak tahu apa tu PAYASAM? cari la kat g00gle ok...^^ .nampaknya petang sudah menjengah membuat kan minda ku seakan dah tak berfungsi lagi.keke al-maklumlah petang-petang macam ni,jenuh juga mencari idea apa yang ku nak selitkan tapi takpe..stop sampai sini dulu ye entry kali ni..jumpe lain hari,lain masa.
Insha Allah~ .